PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa kakitangan awam yang berstatus kontrak bakal ditamatkan sepenuhnya bermula Disember tahun 2016.
SEBENARNYA :
Kerajaan tidak berhasrat menamatkan khidmat kakitangan kontrak dalam perkhidmatan pada Disember tahun 2016 seperti yang didakwa dalam laporan portal berita.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata dakwaan palsu dan fitnah itu disebarkan oleh mereka yang tidak berwibawa dan tidak bertanggungjawab.