Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) ingin menjelaskan mengenai video yang telah tular berhubung kegiatan penjajaan tanpa lesen oleh warga asing di sekitar Pasar Harian Selayang.
DBKL mendapati video tersebut adalah video lama yang telah ditularkan semula dengan niat untuk menjejaskan reputasi DBKL.
Kawasan persekitaran Pasar Harian Selayang kini berada pada tahap yang amat memuaskan ekoran tindakan penguatkuasaan yang berterusan dilaksanakan oleh DBKL sebelum PKP dilaksanakan lagi.