Kejadian Air Deras Berlaku Di Sungai Telemong Bukan Di Tasik Kenyir

TULAR:
1734

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB):

TNB ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan video air deras yang mengatakan lokasi ‘Tasik Kenyir, 30/12/2021’. Sungai di dalam video tersebut adalah Sungai Telemong yang berdekatan dengan Gawi, di mana aliran Sungai Telemong tidak mengalir masuk ke Tasik Kenyir.

Setakat ini, paras air di empangan Tasik Kenyir masih di paras selamat dan terkawal.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi berita yang tidak sahih di media sosial.

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB Careline
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI