
Menurut kenyataan media Polis Daerah Sungai Buloh:
Pihak polis telah menjalankan siasatan dengan memperoleh rakaman cctv beberapa hari yang lepas dari pihak syarikat dan dapati bendera malaysia tidak dipasang dengan terbalik sepertimana yang tular di media sosial, hasil siasatan terhadap pengadu juga dapati syarikat tidak beroperasi sejak (2) hari yang lalu. Maklumat yang diterima daripada pekerja pengadu dan kejadian tersebut berlaku pada tahun 2024 iaitu ketika pemasangan bendera malaysia yang baru dibeli telah dipasang secara terbalik dan kesilapan diperbetulkan.
Walaubagaimanapun video tersebut telah dikongsi semula pada tahun ini di media sosial TikTok.
SUMBER:
Facebook Rasmi Polis Daerah Sungai Buloh






