PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kejadian tanah runtuh di Bukit Tujuh, Kuala Lipis yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas teruk.
SEBENARNYA :
Jabatan Kerja Raya (JKR) menafikan berlaku kejadian tanah runtuh di Bukit Tujuh, Kuala Lipis yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas teruk.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan,Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, beliau telah menghubungi JKR serta polis dan mereka mengesahkan memang tidak terdapat kejadian tanah runtuh.
SUMBER :
Kementerian Kerja Raya