Kenamaan Berstatus Datuk Yang Ditahan Di Sebuah Pusat Hiburan Di Kuala Lumpur Memegang Jawatan JKPD?

TULAR:
634

PENJELASAN:

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memperjelaskan dakwaan bahawa penahanan kenamaan berstatus datuk di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur memegang jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Cheras.

Sumber gambar: Twitter

Menurut kenyataan rasmi AADK:

Pada 2.04.2018, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang kenamaan berstatus Datuk dan merupakan Ahli Politik di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 di sebuah pusat hiburan di ibu kota Kuala Lumpur. Berita penangkapan ini turut menular di media sosial yang mana beliau dikatakan memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Cheras.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan ini MENAFIKAN bahawa beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Cheras. Untuk makluman, Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Cheras adalah En. Zainuddin bin Haji Amran.

Oleh yang demikian, AADK meminta agar orang ramai tidak mengaitkan ahli politik tersebut dengan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD).

SUMBER:

Facebook AADK


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI