SEBENARNYA:
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan, kenyataan media yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil mesyuarat Kabinet tergempar serta mengemukakan keputusan meletakkan jawatan seperti yang tular hari ini adalah palsu.
Menurut seorang pegawai di PMO kepada Astro Awani, “kenyataan media itu palsu. Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap palsu.”