Kerajaan Akan Menggubal Undang-Undang Visual Ngeri ?

TULAR:
473

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononnya kerajaan akan menggubal satu rang undang-undang yang dikenali sebagai  ‘Jabba’s Law’ bagi mengekang penyebaran visual ngeri yang melibatkan kes seperti kemalangan jiwa dan tragedi oleh media serta orang ramai.

Gambar hiasan. Sumber: thestar.com.my

SEBENARNYA:

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, kerajaan tidak bercadang menggubal undang-undang khusus bagi mengekang penyebaran visual ngeri yang melibatkan kes seperti kemalangan jiwa dan tragedi oleh media serta orang ramai.

Kata beliau lagi, ini kerana undang-undang sedia ada dilihat memadai dan boleh diguna pakai untuk menangani tindakan sedemikian. Perundangan sedia ada dapat memastikan media penyiaran dan media sosial di Malaysia mengekang serta mengehadkan pelaporan berita mengandungi visual yang menyentuh sensitiviti keluarga mangsa terlibat.

SUMBER:

Laman Rasmi KKMM

Sinar Harian

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI