PENJELASAN :
Kementerian Pendidikan memperjelaskan dakwaan bahawa akibat kelewatan peruntukan khas itu kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), institusi berkenaan kini tidak dapat beroperasi dengan baik, sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon, “Peruntukan khas yang diberikan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) adalah untuk menampung perbelanjaan tambahan dan bukan bagi tujuan operasi.
“Kerajaan memberikan peruntukan itu bagi menampung perbelanjaan tambahan seperti penyelenggaraan serta baik pulih sekolah.“Peruntukan untuk pengoperasian lebih tinggi kerana dari situ gaji pengetua, guru, pengawal keselamatan diberi dan ia juga diberi awal tahun,” katanya.
Beliau menambah, peruntukan pengoperasian turut diberikan kepada setiap sekolah secara adil berdasarkan jumlah bilangan murid atau Geran Per Kapita (PCG).