Kerajaan Negeri Kedah Jual Tiga Buah Pulau Kepada China?

TULAR:
414

PENJELASAN :

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah memperjelaskan dawaan bahawa kerajaan negeri telah menjual tiga buah pulau kepada China sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menyifatkan tuduhan kononnya kerajaan negeri telah menjual tiga buah pulau kepada China sebagai fitnah bagi menjatuhkan kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas.

“Setahu saya semasa saya jadi Menteri Besar, tidak ada satu pulau pun yang kita jual kepada China. Di Langkawi memang ada 99 buah pulau tapi tiada satu pulau pun kita jual kepada orang China.”

SUMBER : 
Utusan Online

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI