Kerajaan Negeri Tidak Mempunyai Kuasa Untuk Mengeluarkan Kad Pengenalan Rasmi Negara

TULAR:
16

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):

Kuasa pendaftaran negara dan kewarganegaraan adalah terletak di bawah Nombor 3(e) dan 5, Senarai I – Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, pengeluaran kad pengenalan adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan yang dikawal selia melalui:
Akta Pendaftaran Negara 1959 [Akta 78] dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 [PPN1990]

Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan rasmi negara atau menentukan perkara-perkara berkaitan kewarganegaraan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPN

X Rasmi JPN

Instagram Rasmi JPN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI