PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa kerajaan lambat bertindak dalam memastikan keselamatan pelajar Malaysia di Mesir semasa negara itu dilanda kacau bilau.
SEBENARNYA :
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan lambat bertindak memindahkan pelajar Malaysia dari Mesir yang kini dilanda kacau bilau.
Tindakan yang diambil sebenarnya serentak dengan negara maju lain seperti Amerika Syarikat. Menurut beliau, bukan mudah bagi pihak mereka untuk mendapatkan hak pendaratan di Mesir selain ianya mengambil masa. Usaha memindahkan pelajar dilakukan sebaik sahaja hak pendaratan diberi kepada mereka.