Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian RON95 Kepada Sekali Sehari

TULAR:
118

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

MOF merujuk kepada beberapa artikel media yang telah melaporkan secara tidak tepat bahawa Kerajaan akan mengehadkan pembelian RON95 kepada sekali sehari. MOF ingin menjelaskan bahawa Kerajaan sama sekali tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian.

Walaupun Kerajaan sedang meneliti langkah untuk mengelakkan penyalahgunaan subsidi RON95, BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dilaksanakan dengan hasrat untuk memastikan keperluan harian rakyat Malaysia dapat dipenuhi. Had pembelian sekali sehari jelas tidak selaras dengan tujuan tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

X Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI