Kertas Undi Dibawa Keluar Dari Tempat Simpanan Rasmi IPD Manjung?

TULAR:
315

PENJELASAN:

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Ahmad Adli Abdullah memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat sebuah video yang menunjukkan kotak yang berisi kertas undi yang disimpan di tempat simpanan rasmi dibawa keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Sumber gambar: Facebook

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Ahmad Adli Abdullah menjelaskan adalah prosedur biasa bagi kertas undi dibawa keluar ke tempat khas untuk semakan bagi memastikan tiada kecacatan atau kerosakan pada kertas undi berkenaan.

Beliau berkata daripada segi pentadbiran, SPR perlu menyemak kertas undi itu dua atau tiga hari sebelum pengundian biasa dijalankan bagi memastikan pengundian berjalan lancar.

SPR perlu membuat semakan terhadap kesemua kertas undi di tempat dan dewan yang ditetapkan dan sehubungan itu kertas undi yang disimpan di tempat simpanan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah perlu dibawa keluar ke tempat khas itu.

“Ini salah faham beberapa pihak berkaitan, dakwaan itu sepatutnya tidak timbul. SPR perlu membuat persiapan sebaik mungkin supaya ia dapat memastikan urusan pengundian biasa berjalan lancar. Daripada segi pentadbiran, kita perlu menyemak kertas-kertas undi pada dua atau tiga hari sebelum pengundian biasa diadakan.”

SUMBER:

Sinar Harian

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI