Kes Bunuh Tragis Di Johor Angkara Kongsi Gelap?

TULAR:
2254

PENJELASAN :

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperjelaskan dakwaan bahawa kejadian pembunuhan tragis di sebuah stesen minyak di Johor adalah angkara kongsi gelap.

Sumber gambar : Facebook

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  berkata insiden pembunuhan tragis membabitkan seorang lelaki di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap. Beliau berkata, siasatan turut mengesahkan mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah ketua sebuah kumpulan kongsi gelap.

Menurut beliau, pihak polis sudah mengenalpasti empat suspek yang terbabit dalam kejadian itu dan sedang menjejaki mereka.

SUMBER :

Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI