PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kes penculikan kanak-kanak di Felda Sungai Mas dan Felda Air Tawar 2.
SEBENARNYA :
Polis menafikan kes penculikan kanak-kanak berlaku di daerah tersebut seperti khabar angin tersebar yang dikatakan berlaku di Felda Sungai Mas dan Felda Air Tawar 2.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, masyarakat diharap tidak terlalu taksub dengan maklumat diperoleh melalui media sosial.
SUMBER :