PENJELASAN :
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan kononnya terdapat seorang kanak-kanak yang dilarikan penculik dengan menaiki kereta di kawasan bandar Mersing.
Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Cyril Edward Nuing, “Hasil siasatan dengan keluarga kanak-kanak itu, kami dapati ia bukan kes culik seperti yang ditularkan pengguna media sosial. Ia sebenarnya berlaku disebabkan masalah keluarga dan kami sudah menasihatkan semua pihak supaya menyelesaikannya dengan baik.”
SUMBER:
Sinar Harian