
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
KKM melaksanakan pemantauan khas ke atas limau mandarin yang diimport sempena musim perayaan di kesemua 70 pintu masuk negara bermula November lepas.
Hal itu bagi memastikan limau mandarin yang memasuki negara mematuhi standard ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM 1985) Akta Makanan 1983.
KKM memaklumkan China, Afrika Selatan, Jepun, Australia dan Mesir merupakan pengeksport utama limau mandarin ke Malaysia sepanjang tahun lepas berdasarkan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM).
Dimaklumkan bahawa hasil pemantauan tersebut, sebanyak 243 sampel limau mandarin telah dianalisis dan didapati sembilan sampel atau 3.7 peratus tidak mematuhi kadar maksimum residu racun perosak di bawah PPM 1985. Semua sampel yang melanggar (peraturan) telah dilupuskan.
KKM turut menjalankan operasi khas di seluruh negara yang dinamakan Ops Tahun Baru Cina bermula 19 Jan lepas hingga 1 Feb ini.
SUMBER: