SEBENARNYA:
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
KKM tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh merawat Diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa dalam laman sesawang Provihyredence Medical Associates baru-baru ini.
Gambar yang digunakan adalah tanpa kebenaran pihak KKM dan KKM tidak pernah memberikan kebenaran bagi menyiarkan artikel berkenaan.
SUMBER:
Facebook Rasmi KKM
Twitter Rasmi KKM