PENJELASAN:
Bank Negara Malaysia (BNM) memperjelaskan persoalan mengenai operasi serbuan yang telah dijalankan terhadap Koperasi Dinar Dirham Berhad (Kodinar) sepertimana yang tular di media sosial.
Satu operasi serbuan bersama telah dijalankan terhadap Koperasi Dinar Dirham Berhad pada 28 November 2017 dengan diketuai oleh Bank Negara Malaysia bersama-sama Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara Jabatan Peguam Negara (National Revenue Recovery Enforcement Team, NRRET), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Persatuan Koperasi Malaysia (SKM) dan Keselamatan Siber Malaysia (CSM). Koperasi Dinar Dirham Berhad disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA). Operasi serbuan bersama ini merupakan salah satu langkah antara agensi untuk menghapuskan kegiatan skim kewangan haram.
SUMBER: