Kopiko LA Coffee Dan Kopiko 3 In One Mengandungi Lemak Babi?

TULAR:
15609

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa produk Kopiko LA Coffee dan Kopiko 3 In one mengandungi gelatin dan lemak babi.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan bahawa produk gula gula Kopiko LA Coffee dan Kopiko 3 In one mengandungi gelatin dan lemak babi.

Menurut JAKIM, produk berkenaan mempunyai pengesahan halal Malaysia dan juga Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang sah.

SUMBER :

Facebook Bahagian Hab Halal,  JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI