Kutipan Tol Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway Dan Salak Expressway Ditamatkan?

TULAR:
310

PENJELASAN:

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperjelaskan laporan bahawa Jajaran Kuala Lumpur – Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi tiada lagi kutipan bayaran tol bermula 1 Jun 2018.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi LLM :

LLM ingin memaklumkan bahawa bermula 12.01, 1 Jun 2018 tiada lagi bayaran tol dikutip bagi Jajaran Kuala Lumpur – Seremban Expressway dan Salak Expressway (yang dahulunya dikenali sebagai sebahagian daripada Jajaran Lebuhraya Metramac) di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Ini bermakna, dengan penamatan tempoh Konsesi jajaran tersebut, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 50 peratus hingga 1 peratus (atau di antara RM 0.40 hingga RM1.70) bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan.

Penamatan ini sekaligus akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari. Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja.

SUMBER: 

Facebook Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia 

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI