PALSU :
Tersebar luas di media sosial dakwaan kononnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan di antara pelabur utama Berjaya Sports Toto Sdn. Bhd.
SEBENARNYA :
KWSP menegaskan tidak memiliki apa-apa saham dalam Berjaya Sports Toto. KWSP tidak menjalankan apa-apa urusan pelaburan dengan perniagaan yang terlibat dengan perjudian, hiburan dewasa dan alkohol/arak atau membuat, mengedar dan memasarkan senjata api atau peralatan ketenteraan.
Selaras dengan amalan pelaburan beretika, KWSP akan membuat penapisan perniagaan terperinci untuk kesemua kelas aset pelaburan.