PALSU :
Tular melalui media sosial terdapat dakwaan bahawa terdapat cubaan menculik seorang kanak-kanak di Seri Tanjung, Bakri, Muar, Johor.
Gambar hiasan Sumber: medicalkidnap
SEBENARNYA :
Pihak polis menafikan wujud cubaan menculik seorang kanak-kanak di Seri Tanjung, Bakri, dekat Muar, yang menjadi viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.