SEBENARNYA:
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, “Lahad Datu tidak ditutup, itu tidak benar dan ia maklumat palsu.”
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima makluman awal berhubung tiga pesanan suara dan dua mesej melalui WhatsApp berkaitan penutupan daerah Lahad Datu yang kononnya akibat penularan koronavirus baharu (Covid-19).
“Kami ada menerima laporan tiga pesanan suara dan menafikan perkara berkenaan. Ia adalah maklumat palsu. Jalan masuk dan keluar Lahad Datu sentiasa terbuka.”
Terdahulu, pesanan suara dalam dialek Kantonis dan Hakka memaklumkan pengguna jalan raya ke Lahad Datu disekat susulan penularan Covid-19.