Menurut Kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Polis Diraja Malaysia (PDRM):
Balai polis Genting Highlands menerima makluman dari polis bantuan Genting Highlands bahawa berlaku tanah runtuh di kawasan Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands. Akibat daripada kejadian tersebut jalan ke Amber Court dan Ion Delemen terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.
Pihak polis mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda yang dilaporkan. Kerja-kerja pembersihan laluan telah dilakukan dan selesai pada jam 2.00 petang dan laluan sudah boleh dilalui untuk semua kenderaan.
SUMBER: