SEBENARNYA:
Menurut siaran media Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia):
MET Malaysia telah mendapat maklumat berkenaan penularan mesej mengenai kejadian gempa bumi berlaku di Gua Musang, Kelantan 59KM timur laut Ipoh, Perak bermagnitud 5.1 Skala Richter pada 09:38 malam, 26 Mei 2021.
Mesej tular tersebut tersebar melalui sebuah laman sesawang yang memaparkan maklumat gempa tersebut yang dikeluarkan oleh agensi luar negara.
MET Malaysia menafikan kejadian tersebut berlaku di Malaysia dan telah mengesan gempa bumi yang sebenarnya berlaku di Utara Sumatera Indonesia dengan magnitud 4.6 Skala Richter pada 09:38 malam, 26 Mei 2021.