Menurut Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM:
Pihak polis mendapati terdapat satu berita tular yang tersebar di media sosial terutama dalam ‘Facebook Group‘ yang mengaitkan kejadian kemalangan melibatkan lori ‘Black Maria’ dan kereta peronda polis (MPV) milik PDRM yang membawa OKT. Kejadian dikatakan berlaku di Puchong, Selangor.
Penularan semula gambar-gambar lama tentang kejadian kemalangan ini seakan mahu mengaitkan dengan kes tangkapan OKT yang ingkar pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan.
Semakan ke atas gambar yang ditularkan, mendapati kejadian berlaku pada 15/4/2019 di Green Technology Park, Seremban 2. Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor telah membuat (1) laporan polis berkaitan penularan gambar kemalangan yang jelas untuk menimbulkan kerisauan dan mencetuskan kegentaran di kalangan masyarakat.