PENJELASAN :
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memperjelaskan laporan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan yang tidak mendaftar perusahaan dan pekerja mereka dengan Perkeso, sepertimana yang hangat diperkatakan.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang enggan mendaftar perusahaan dan pekerja mereka seperti dikehendaki Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Pengurus Perkeso Keningau Rijal Jamaluddin berkata kegagalan mematuhi akta itu boleh menyebabkan majikan diheret ke muka pengadilan dan dikenakan denda atau kompaun.
SUMBER :