
Menurut kenyataan media Kementerian Kerja Raya (KKR):
Pemberian diskaun tol akan dilaksanakan bermula dari jam 12.01 tengah malam 28 Mac 2025 (Jumaat) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam 29 Mac 2025 (Sabtu).
Diskaun tol akan diberikan hanya kepada kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).