
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan perkhidmatan Artificial Intelligence Fact-checking Assistant (AIFA) akan mengalami gangguan sementara di platform WhatsApp pada Jumaat, 23 Januari 2026, dari 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Menurut MCMC, gangguan tersebut berpunca daripada kerja penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan.
Bagaimanapun, orang awam masih boleh mendapatkan perkhidmatan semakan fakta AIFA melalui portal Sebenarnya.my sepanjang tempoh gangguan berkenaan.
Perkhidmatan AIFA di WhatsApp dijangka kembali beroperasi seperti biasa selepas kerja penyelenggaraan selesai.
MCMC turut memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menghargai kefahaman orang ramai.
SUMBER:






