
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA [DALAM LINGKUNGAN 24 BATU NAUTIKA]
1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur • Pahang • Terengganu • Kelantan • Sarawak sehingga Rabu, 10 Disember 2025.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
2) AMARAN KENAIKAN PARAS LAUT
Kenaikan paras air laut dijangka di kawasan perairan Johor Timur • Pahang • Terengganu • Kelantan sehingga Rabu, 10 Disember 2025.
Berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai.
SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN
1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan timur Condore • barat Reef North sehingga Rabu, 10 Disember 2025.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
2) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan barat Condore • utara Bunguran • timur Reef North • Reef South • Layang-Layang sehingga Rabu, 10 Disember 2025.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
3) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan tenggara Samui • Tioman • selatan Bunguran • Labuan • barat Palawan sehingga Rabu, 10 Disember 2025.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SUMBER:






