Makluman Angin Timur Laut dan Laut Bergelora di Sabah dan Sarawak, serta Amaran Hujan Berterusan di Beberapa Kawasan Bermula 29 Januari hingga 4 Februari 2026.

TULAR:
4

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan angin timuran dijangka memasuki rantau negara bermula 29 Januari hingga 4 Februari 2026. Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Sabah dan Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

Sehubungan dengan itu, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi utara Sarawak telah dikeluarkan berkuat kuasa bermula 30 hingga 31 Januari 2026 manakala utara dan timur Sabah berkuatkuasa bermula 30 Januari hingga 1 Februari 2026.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET

Instagram Rasmi MET

X Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI