
Menurut Menteri besar selangor, Dato Seri Amirudin Shari:
Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan bahawa satu Mesyuarat Khas telah diadakan susulan kejadian banjir yang melanda lima daerah—Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Langat, Petaling dan Klang.
Sehingga jam 11.30 pagi, seramai 2,784 mangsa telah ditempatkan di 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Peningkatan jumlah mangsa ini berpunca daripada taburan hujan luar jangka yang turut memberi kesan kepada lapan negeri di seluruh negara.
Sebagai bantuan awal, Kerajaan Negeri akan menyalurkan RM500 kepada 750 keluarga terkesan yang berdaftar di daerah masing-masing. Daripada jumlah keseluruhan mangsa, 221 adalah calon SPM, dan bagi membantu pergerakan mereka, Pejabat Daerah menyediakan pengangkutan percuma dari PPS ke pusat peperiksaan.
Yayasan MBI turut akan menyalurkan bantuan segera kepada pelajar yang kehilangan peralatan menulis atau digital akibat banjir bagi memastikan peperiksaan mereka dapat diteruskan dengan selesa.
Selain itu, Kerajaan Negeri mengarahkan supaya usaha tebatan banjir di kawasan tumpuan dipercepatkan, dengan pemantauan oleh YB Datuk Izham Hashim, EXCO Kemajuan Infrastruktur.
Sumber:
Facebook Rasmi Dato Seri Amirudin Shari
Instagram Rasmi Dato Seri Amirudin Shari
X Rasmi Dato Seri Amirudin Shari






