
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada 5.2 juta penerima akan diawalkan dan mula dikreditkan secara berperingkat mulai 10 Mac ini.
Pembayaran ini dijangka membantu jutaan rakyat membuat persiapan menjelang perayaan. Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Jumlah penerima bagi Fasa 2 meningkat kepada 5.2 juta, berbanding 5 juta pada Fasa 1.
Bagi Fasa 2, Kerajaan menyediakan peruntukan RM1.3 bilion, meningkat daripada RM1.1 bilion pada Fasa 1, Januari lalu. Ini termasuk 200,000 penerima baharu yang diluluskan, yang akan menerima bayaran mulai 30 Mac 2026.
Secara keseluruhan, bantuan STR Fasa 2 akan memanfaatkan 3.8 juta isi rumah serta 1.4 juta warga emas tiada pasangan, dengan kadar bayaran antara RM100 hingga RM600 mengikut kategori kelayakan.
Bagi tahun 2026, peruntukan keseluruhan STR dan SARA berjumlah RM15 bilion, kekal yang tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut serta Soalan Lazim (FAQ) melalui portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Kementerian Kewangan turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap pautan palsu dan cubaan penipuan, serta hanya merujuk kepada portal rasmi STR untuk maklumat terkini.
Pembayaran STR Fasa 2 akan disalurkan secara berperingkat:

Pembayaran STR Fasa 2 mengikut kategori kelayakan masing-masing:

Perbandingan pembayaran STR dan SARA Bulanan Tahun 2025 dan 2026 mengikut kategori kelayakan masing-masing:

SUMBER:






