
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia terutamanya di utara dan pedalaman Semenanjung sehingga 15 Mac 2026. Sebaliknya, penumpuan angin dijangka berlaku di timur Sabah pada 10 hingga 11 Mac 2026 yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan tersebut.
Sehubungan dengan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi timur Sabah berkuat kuasa pada 10 hingga 11 Mac 2026.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
SUMBER:






