Makluman: Dasar BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Bermula Pada 23 Oktober 2025 hingga 28 Oktober 2025

TULAR:
424

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA):

Pada 13 Oktober 2025, seiring komitmen kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perkhidmatan awam, Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi pegawai awam akan terus dilaksanakan secara fleksibel tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa. Dasar tersebut, yang diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.4.1.2, bertujuan mewujudkan keseimbangan antara keperluan agensi dalam memastikan kesinambungan tugas dan keperluan pegawai dari segi kesejahteraan serta keharmonian kerja-kehidupan (work-life balance).

Sehubungan itu, sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober tahun 2025, Ketua Jabatan adalah diberi kuasa untuk mempertimbangkan permohonan BDR bagi pegawai yang tinggal dalam radius 25 kilometer dari pejabat, yang terkesan dengan kesesakan aliran trafik sempena pelaksanaan persidangan tersebut dalam tempoh berkenaan.

Dasar BDR sempena Sidang Kemuncak ASEAN akan bermula pada 23 Oktober 2025 hingga 28 Oktober 2025.

Facebook Rasmi JPA

Facebook Rasmi JPA

X Rasmi JPA

X Rasmi JPA

Instagram Rasmi JPA

Instagram Rasmi JPA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI