
Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan:
Susulan repot berkait Pasir Mas rpt:7996/2025 dibawah Seksyen 323/507b kk /14(a) AKSTK 2017. Pada 18/08/2025, jam lebih kurang 1245 hrs, semasa pengadu berada di sebuah sekolah menengah di Pasir Mas, Kelantan, pengadu telah memaklumkan kepada ibu bapanya berkenaan kejadian buli menimpa pengadu dan telah datang ke Balai Polis Pasir Mas membuat laporan polis berkaitan kejadian.
Pada 19/08/2025 jam 1455hrs, satu tangkapan telah dibuat keatas (6) pelajar lelaki bagi membantu siasatan. Kesemua tangkapan (6) orang pelajar adalah berumur 16 tahun. Hasil siasatan awal mendapati kesemua (6) orang suspek yang terlibat mengaku telah bertindak membuli mangsa.
SUMBER:
Instagram Rasmi PDRM Pasir Mas






