Makluman: Gangguan Bekalan Air Berjadual Selama 26 Jam Melibatkan Beberapa Kawasan Di Johor Bahru Mulai 15 Julai 2025, Jam 9:00 Pagi

TULAR:
328

Lebih 30,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar bandar raya Johor Bahru termasuk Tebrau, di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 26 jam bermula 15 Julai 2025.

la berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar, Pasir Gudang melibatkan kesemua instrumen penting di loji berkenaan, bagi memastikan kelestarian sistem rawatan air serta bekalan yang lebih stabil untuk jangka masa panjang.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd Anuar Abdul Ghani berkata pihaknya akan turut menyediakan lori tangki, bagi memenuhi permintaan kecemasan daripada premis penting seperti hospital, pusat dialisis serta institusi yang memerlukan bekalan air berterusan.

Gangguan bekalan air berjadual itu merupakan langkah proaktif bagi memastikan sistem bekalan air berada dalam keadaan optimum dan selamat kepada pengguna.

SUMBER:
BERNAMA

Astro Awani

Kosmo Digital


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI