Makluman: Gangguan Bekalan Air Melibatkan Beberapa Kawasan Jalan Lingkaran Luar Butterworth & Balik Pulau Mulai 19 Ogos 2025, Jam 10:00 Pagi

TULAR:
55

Menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP):

Sebanyak 5,049 akaun pengguna di kawasan Jalan Lingkaran Luar Butterworth akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 19 Ogos 2025.


PBAPP memaklumkan gangguan itu bermula 10 pagi hingga 3 petang kerana penutupan injap 450mm bagi kerja simulasi injap di kawasan berkenaan.

PBAPP juga memaklumkan sebanyak 2,500 akaun pengguna di Balik Pulau, turut mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Rabu hingga 6 pagi pada 20 Ogos 2025 hingga 21 Ogos 2025 kerana kerja-kerja pemasangan paip 300mm MS.


Kawasan yang terlibat ialah di sepanjang Jalan Pondok Upeh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau, Lorong Seri Genting, Lorong Seri Genting 1-14, Lorong Pondok Upeh, Solok Pondok Upeh, Lintang Pondok Upeh, Lintang Pondok Upeh 1-4 dan lorong 1 hingga 6 Taman Simpang Jaya.

SUMBER:

Facebook Rasmi PBAPP

BERNAMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI