Makluman: Gangguan Trafik Bagi Kerja- Kerja Membuka Jaring Keselamatan dan Penyokong Jambatan (RUB S7-9A) Merentasi Jalan Kilang Padi, Daerah Kuala Selangor

TULAR:
40

Menurut Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Selangor:

Dimaklumkan bahawa pihak West Coast Expressway Sdn. Bhd. (WCESB) akan melaksanakan kerja-kerja membuka jaring keselamatan dan penyokong bagi Jambatan RUB S7-9A yang merentasi Jalan Kilang Padi. Kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:

Lokasi: Jalan Kilang Padi
Koordinat: 3.4328027, 101.1803272
Tarikh Penutupan Sementara: 24 November 2025 (Isnin)
Masa: 10.00 malam – 4.00 pagi

Sehubungan dengan itu, sebahagian daripada Jalan Kilang Padi (di kawasan pembinaan Lebuhraya WCE) akan ditutup sementara sehingga kerja-kerja tersebut selesai sepenuhnya. Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang disediakan serta peta/gambar yang dilampirkan.

Sumber:

Facebook Rasmi JKR Daerah Kuala Selangor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI