Makluman: Gempa Bumi Lemah di Segamat, Johor pada 27 Ogos 2025, Jam 8.59 pagi

TULAR:
118

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):

Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dengan kedalaman 10 km telah berlaku di Segamat, Johor pada jam 8.59 pagi, 27 Ogos 2025. Lokasi kejadian adalah pada koordinat 2.33° Utara, 102.79° Timur, iaitu kira-kira 18 km selatan Segamat, Johor.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Johor dan selatan Pahang. Berdasarkan analisis MET Malaysia, kejadian gempa bumi ini berlaku di Zon Sesar Mersing dan merupakan gempa susulan daripada kejadian pada 24 Ogos 2025

SUMBER:
Facebook Rasmi MET 1

Facebook Rasmi MET 2

X Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI