
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):
Pada 28 Ogos 2025 jam 7.56 malam, terdapat gempa bumi lemah bermagnitud 2.5 dengan kedalaman 10 km telah berlaku di Segamat, Johor. Lokasi kejadian adalah pada koordinat 2.6° Utara, 102.8° Timur, iaitu kira-kira 13 km Utara dari Segamat, Johor.
Manakala pada 29 Ogos 2025 pada jam 4:24 pagi pula, berlaku sekali lagi gempa bumi lemah bermanitud 3.4 dengan kedalaman 10 km yang sama. Lokasi kejadian adalah pada koordinat 2.7° Utara, 102.9 Timur, iaitu kira-kira 22 km Timur Laut dari Segamat, Johor.
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Johor. Berdasarkan analisis MET Malaysia, kejadian gempa bumi ini berlaku di Zon Sesar Mersing dan merupakan gempa susulan ketiga sejak berlakunya gempa utama pada 24 Ogos 2025.
2025.






