Makluman: Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 20 November hingga 26 November 2025

TULAR:
36

Menurut kenyataan Media Kementerian Kewangan (MOF):

Seiring dengan peningkatan harga minyak dunia, Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.28 seliter dan diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.10 seliter bagi tempoh 20 November 2025 hingga 26 November 2025.

Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 20 November 2025 hingga 26 November 2025 telah ditetapkan seperti berikut:

(1) harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak 3 sen kepada RM3.28 seliter,

(ii) harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.65 seliter,

(iii) harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUD195 kekal pada RM1.99 seliter;

(iv) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 3 sen kepada RM3.10 seliter; dan

(v) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF

X Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI