Makluman: Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 25 September hingga 29 September 2025

TULAR:
82

Menurut kenyataan Media Kementerian Kewangan (MOF):

Pada 22 September 2025, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa mulai 30 September 2025, Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUD195) untuk manfaat rakyat.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 25 September 2025 hingga 29 September 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:

(i) harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.21 seliter,
(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter:
(iii) harga runcit petrol RON95 bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Program BUD195 ditetapkan pada paras RM1.99 seliter mulai 27 September 2025;
(iv) harga runcit petrol RON95 bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Program BUDI95 ditetapkan pada paras RM1.99 seliter mulai 28 September 2025;
(v) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.93 seliter, dan
(vi) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

X Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI