Makluman: Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026

TULAR:
4

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

Konflik Asia barat yang berlarutan sejak penghujung Februari 2026, telah melonjakkan harga minyak mentah global. Sehubungan itu, Kerajaan menyelaraskan harga bahan api selain daripada RON95 BUDI MADANI secara berperingkat untuk di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026:

  • RON97 pada → RM5.15 seliter
  • RON95 tanpa subsidi pada → RM3.87 seliter
  • RON95 bersubsidi (BUDI95) kekal RM1.99 seliter
  • Diesel Semenanjung Malaysia pada→ RM5.52 seliter
  • Diesel Sabah, Sarawak & Labuan kekal RM2.15 seliter

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga petroleum bagi memastikan kestabilan harga serta kesejahteraan rakyat.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF

X Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI