
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):
Seiring dengan peningkatan harga minyak dunia, Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.15 seliter dan RON95 tanpa subsidi pada RM 2.59 seliter manakala diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.04 seliter bagi tempoh 26 Februari 2026 hingga 4 Mac 2026.
Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.
Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 26 Februari 2026 hingga 4 Mac 2026 telah ditetapkan seperti berikut:
(i) harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM3.15 seliter,
(ii) harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM2.59 seliter;
(iii) harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUD195 kekal pada RM1.99 seliter;
(iv)harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM3.04 seliter; dan
(v) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
SUMBER:






