
Menurut kenyataan Media Kementerian Kewangan (MOF):
Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 4 sen kepada RM3.17 seliter bagi tempoh 31 Julai 2025 hingga 6 Ogos 2025.
Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.
Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 31 Julai 2025 hingga 6 Ogos 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:
(i) harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 4 sen kepada paras RM3.17 seliter;
(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter,
(iii) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.91 seliter, dan
(iv) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
SUMBER:






