Makluman: Insiden Melibatkan Seorang Wanita Menaiki Pentas Utama Ketika Acara Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Pada 31 Ogos 2025

TULAR:
147

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak:

Pihak polis sedang menyiasat satu insiden melibatkan seorang wanita (suspek) yang menaiki pentas utama ketika acara sambutan hari kebangsaan peringkat negeri Perak pada pagi 31 Ogos 2025.

Kejadian berlaku lebih kurang pukul 8.20 pagi semasa lagu kebesaran negeri Perak sedang berkumandang. Suspek telah masuk melalui bahagian tepi pentas dan mendekati kebawah duli yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sebelum berjaya ditahan oleh anggota keselamatan yang sedang bertugas.

Suspek merupakan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun telah ditahan di lokasi kejadian dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Hasil semakan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah. Pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri dan sedang berada di bawah pengawasan pakar. Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek adalah negatif.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Perak

BERNAMA

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI