Makluman: Jabatan Laut Malaysia Nasihat Kapal Malaysia Elak Laluan Selat Hormuz Susulan Situasi Keselamatan Semasa

TULAR:
6

Menurut kenyataan Jabatan Laut Malaysia (JLM):

JLM ingin memaklumkan bahawa susulan perkembangan keselamatan semasa di rantau Timur Tengah, semua kapal berdaftar Malaysia serta syarikat perkapalan tempatan adalah dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan pelayaran sentiasa terpelihara.

Sehubungan itu, semua pengendali kapal Malaysia disaran untuk

Mengelakkan pelayaran melalui Selat Hormuz sehingga notis lanjut

Menilai serta merancang semula laluan pelayaran dengan mengambil kira situasi keselamatan semasa

Sentiasa memantau nasihat keselamatan maritim yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan di peringkat antarabangsa, dan

Memastikan tahap kesiapsiagaan kapal serta kru berada pada tahap tertinggi sepanjang operasi pelayaran.

Langkah berjaga-jaga ini adalah penting berikutan ketegangan keselamatan yang berpotensi menjejaskan keselamatan kapal, kru serta kargo yang beroperasi di kawasan berisiko.

JLM turut menasihatkan semua pengendali kapal Malaysia yang berada berhampiran kawasan tersebut agar meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi serta memastikan komunikasi sentiasa aktif dengan pihak pengurusan syarikat dan pihak berkuasa berkaitan bagi membolehkan tindakan segera diambil sekiranya diperlukan.

Kerjasama semua pihak industri perkapalan amat dihargai dalam memastikan operasi pelayaran Malaysia kekal selamat, teratur dan berdaya tahan terhadap sebarang risiko keselamatan antarabangsa.

SUMBER:

Facebook Rasmi JLM

Instagram Rasmi JLM

X Rasmi JLM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI